jalan


SELAMAT DATANG KE BLOG masha gallery.

Saturday 2 March 2013

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI

KEK KARAMEL
resipi : Munira Bahrom


(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula

Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.

(B) ~ kastard 
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila

Cara:

Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)

(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)

pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)

(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak

Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.

Masukkan bahan B kedalam A. 
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.

Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) 
Tengok gambar kek kat bawah cantik dak. Nak lagi best saya tambah coklat atas.




SEDIA UNTUK TEMPAHAN
Promosi kek karamel saiz kecil RM 18, Saiz besar RM 34

No comments:

Post a Comment